Ict- Mempelajari Aplikasi Canva Dalam Pembelajaran
20 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19/05/2024 bersamaan dengan hari ahad, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas ict membuat latihan asas menggunakan Canva. Kelas ini dihadiri oleh para pelajar sekolah menengah. Pengajar memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang kandungan yang terdapat didalam aplikasi ini. Para pelajar diberi kebebasan dalam menerokai kandungan yang terdapat didalamnya sekali gus membuat beberapa poster dan kad ucapan Hari Gawai.
Pengajar NADI membantu mereka dalam memberi tip yang baik dalam menaip. Kelas ini dapat memberi peluang para pelajar untuk berimpresi serta menonjolkan bakat mereka. Kebanyakkan dari pelajar sangat gembira menghadiri kelas ini. Kelas ini bermula pada jam 2 petang dan selesai jam 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: